Thursday, November 15, 2007

Pinjaman Pendidikan YIKED

TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH KEUNIVERSITI-UNIVERSITI TIMUR TENGAH(MESIR DAN JORDAN BAGI TAHUN 2007/08)

Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) mempelawa calon yang berkelayakan daripada penuntut Tahun 2 hingga 4 di Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti di Jordan untuk memohon pinjaman pendidikan.

KELAYAKAN MEMOHON PINJAMAN PENDIDIKAN
1. Anak Negeri Kedah Darul Aman seperti takrif berikut :a. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman DAN;b. Pemohon dan keluarga bermaustautin di Negeri Kedah Darul Aman
2. Sedang menuntut di tahun 2 atau 3 atau 4 di Universiti Al Azhar, Mesir atau Jordan; (Penuntut Tahun 1 tidak dibenarkan memohon).3. Lulus dengan pangkat baik dalam peperiksaan setiap tahun pengajian;
4. Belum pernah mendapat bantuan/tajaan mana-mana pihak;
5. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya mendapat pangkat Jayyid Jiddan dan;
6. Lulus Sijil Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred 3B dalam mata pelajaran Melayu, Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin.


CARA MEMOHON
1. Borang permohonan Pinjaman dan Biasiswa Pendidikan boleh didapati di pejabat Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) di Mesir atau Majlis Pelajaran Kedah Jordan.
2. Sila lengkapkan borang berkenaan dengan menyertakan salinan sijil-sijil persekolahan dan keputusan penuh peperiksaan setiap tahun beserta dokumen kelahiran pelajar dan kedua ibubapa yang telah disahkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah di Mesir atau Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Jordan bolehlah dihantar terus kepada YIKED pada atau sebelum 15 Disember 2007. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi terus ke :

Yayasan Islam Negeri KedahNo. 56 A, Jalan Telok Wanjah05200 Alor StarTel: 604-7302703U.P. Tuan Haji Zulkif Bin Hassan, BCK.

Borang permohonan ini boleh dimuat turun di bahagian Muat Turun pada laman web http://www.yiked.gov.my

Monday, October 8, 2007

Iftar PMIK Dua Beradik (Gombak & PJ) 30 September 07

Iftar PMIK UIA yang begitu menyeronokkan dalam suasana sederhana dan penuh ukhwah. Apa yang penting, itulah persedia terbaik yang telah dilakukan adik2 matrik kepada kekanda mereka di Gombak.



[Adik2 PMIK Matrik nampak matured belaka]

[ Amboi Muslimat pun tak bagi can nak tangkap gambar gak]

[Talam oh talam... kenapa ngkau nampak macam best!!!]

Friday, September 28, 2007

Piala Malaysia Kedah v Perak (3) - (0)

PEMAIN-pemain Kedah meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala Malaysia manakala ketua pasukan mereka, Victor Andrag (gambar kecil) menerima trofi daripada Sultan Kedah selepas menewaskan Perak 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Sumber : Utusan Malaysia

KEDAH.....3 -Mohd. Khyril Muhymeen (24)Marlon Alex James (26, 81)PERAK......0

KUALA LUMPUR – Tangisan kegembiraan mengiringi kejayaan Kedah merampas kembali kejuaraan bola sepak Piala Malaysia apabila dinobatkan selaku juara edisi ke-81 menewaskan Perak 3-0 dalam perlawanan akhir yang penuh mendebarkan disaksikan hampir 81,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiada ungkapan yang mampu diluahkan melihat keunggulan Kedah meraih kejayaan ketiga musim ini sesudah bergelar juara Liga Super dan Piala FA, kini kemarau 14 tahun ditamatkan
Kali terakhir Kedah merangkul piala berprestij ini pada 1993 tertunai juga di hadapan puluhan ribu penyokong setia hijau kuning.

Kehadiran Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah melihat pemain didikan jurulatih Azraai Khor Abdullah mempamerkan aksi paling mantap untuk mengekang Perak daripada bergelar juara.

Dua gol selang dua minit menerusi pemain lincah kebangsaan, Mohd. Khyril Muhymeen di minit 24 dan rembatan cantik Marlon Alex James pada minit ke-26 dan 81 menjadi pemusnah meranapkan impian menggunung Perak mahu menamatkan penantian tujuh tahun apabila kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2000. Sejurus pengadil, Ravichandran meniupkan wisel penamat, pemain berpelukan sesama sendiri sambil rakan mereka dibangku simpanan menyerbu masuk ke padang sambil diiringi pekik sorak penyokong Hijau Kuning.

Manakala buat Perak, perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2006-07 bakal menjadi sejarah hitam, tempang ketiadaan dua penyerang, Mohd. Khalid Jamlus dan Keita Mandjou akibat kecederaan dikeluarkan pada pertengahan babak pertama, mereka longlai apabila beraksi dengan 10 pemain selepas ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar di perintah keluar padang pada minit ke-44.

Suasana stadium makin menjadi kecoh apabila sebahagian penyokong Perak yang kecewa dengan kekalahan pasukan mereka membaling mercun, botol mineral, sampah sarap dan pelbagai barangan lain ke arah penonton yang berada di bawah sejurus Marlon menjaringkan gol ketiga Kedah.

Kebuntuan jaringan gol akhirnya memihak kepada Kedah menerusi larian solo pemain kebangsaan, Mohd. Khyril Muhymeen mengelecek pertahanan Perak, Ahmad Azlan Zainal sebelum melepaskan rembatan kaki kiri menewaskan penjaga gol, Mohd. Nasril Nourdin pada minit ke-24.

Gol tersebut terus menggamatkan stadium dengan pekik sorak penyokong Kedah yang memakai jersi hijau kuning.

Belum pun reda jaringan awal Kedah itu, benteng pertahanan Perak tergamam lagi dua minit selepas itu dengan giliran Marlon Alex James yang menerima hantaran Hasmawi Hassan sambil memusingkan badan terus merembat kencang mengatasi Mohd. Nasril buat kali kedua.
Dua gol tersebut terus merentap semangat juang Perak yang beraksi dalam keadaan kelam kabut terutama di benteng pertahanan menyaksikan serangan bertali arus.
Jurulatih Perak, Steve Darby membuat keputusan mengejutkan apabila mengeluarkan dua penyerang utama, Mohd. Khalid Jamlus dan Keita Mandjou pada pertengahan babak pertama berlangsung.

Malang bertimpa buat skuad Seladang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila ketua pasukannya, Ahmad Shahrul Azhar diperintah keluar padang apabila pengadil, C. Ravichandran melayangkan kad kuning kedua selepas dia mengkasari Sam Nelson Martin seminit sebelum rehat.

Marlon melengkapkan kemenangan bergaya buat skuad hijau kuning apabila meledakkan jaringan ketiga pada minit ke-81.

Thursday, September 6, 2007

Imbuhan menanti pemain Kedah

Sumber : Utusan Malaysia

SKUAD Kedah meraikan kejayaan ke final Piala Malaysia selepas menundukkan Terengganu 2-0 di Alor Star, kelmarin. – Gambar ISMAIL KAMADIN.


ALOR STAR – Skuad Kedah akan menerima imbuhan istimewa jika berjaya merangkul Piala Malaysia sekaligus memastikan tiga piala dalam Liga Bola Sepak Malaysia musim ini menjadi milik mereka.

Pengurus pasukan, Datuk Othman Aziz berkata, hadiah itu akan menjadi imbuhan tambahan selepas kejayaan merangkul Piala FA dan Liga Super. ‘‘Imbuhan itu tidak akan diumumkan sehingga mereka memenangi gelaran dan membawa pulang Piala Malaysia ke Kedah selepas kali terakhir merangkulnya 14 tahun lepas,” kata Othman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Kedah. Beliau berkata, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebenarnya meletakkan sasaran untuk layak ke perlawanan akhir tahun depan dan kejayaan memasuki perlawanan akhir awal setahun awal merupakan satu bonus.


Perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu Perak di Stadium Nasional, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Sabtu ini akan menentukan sama ada impian besar Kedah itu mampu menjadi kenyataan atau sebaliknya.Bagaimanapun, pasukan Kenari sedar ranjau berhadapan dengan skuad Seladang pasukan yang menjadi saingan sengitnya dalam Liga Super sehinggakan juara Liga Super hanya dapat ditentukan selepas perlawanan terakhir liga.


Kedah melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah mengatasi Terengganu 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman di sini, kelmarin.
Keputusan pertama di Terengganu seri tanpa jaringan.Walaupun menang, keputusan itu menunjukkan Kedah masih belum cukup mantap dan Terengganu seharusnya dipuji kerana berupaya mengimbangi rentak tuan rumah yang bersemangat tinggi di gelanggang sendiri tambahan disokong lebih 30,000 peminat setia Hijau Kuning. Penguasaan bahagian tengah skuad Penyu menyerlahkan keupayaan mereka mengatur serangan cuma jentera serangannya yang gagal menembusi benteng Kedah yang ampuh.


Sementara itu, ketua pasukan Kedah, Victor Andrag berkata, kejayaan memenangi Piala FA dan Liga Super sebelum ini menunjukkan pemain sudah matang dan mampu menangani saingan perlawanan akhir nanti. ‘‘Pemain import dan penyerang-penyerang tempatan pasukan Perak juga hebat tetapi dalam perlawanan akhir kami menganggap mereka sebagai tidak lebih daripada kami,” kata pemain pertahanan itu.
– Bernama

Tuesday, September 4, 2007

Lirik Biar Jasa Jadi Kenangan - Di Ambang Piala Malaysia


Biar Jasa Jadi Kenangan
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun, berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman


Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

Monday, September 3, 2007

Majlis Pertunangan Ex-Exco PMIK UIA 04/05

(Hantaran Pihak Lelaki dan Perempuan)

(Keluarga pihak Lelaki dan Perempuan)

(Najib Bersama dengan Keluarga pihak Perempuan)

Ucapan Tahniah Buat Mohd Najib Ismail (Anak Us. Ismail Khamis) atas majlis pertunangan pada 1 September yang lalu jam 11.00am bersamaan hari Sabtu di Selayang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan Exco Perhubungan PMIK pada sesi 2004/2005 yang lalu. Majlis tersebut telah diceriakan dan dimeriahkan dengan kehadiran Management Board Convest. Sebanyak 11 Hantaran berbalas 14 hantaran (kalau tak silap) dalam pertunangan itu. Hantaran itu telah disediakan dengan lebih awal kerana bagi mengelakkan kesesakan pada majlis perkahwinana nanti.

Wakil PMIK juga turut serta bagi memeriahkan majlis itu. Majlis itu diakhiri dengan majlis doa selamat dan sedikit kenduri kesyukuran. Tahniah sekali lagi buat Najib. semoga pertunangan ini berkekalan.

(wakil PMIK bersama dengan Najib)

Jawatan Kosong Muazzin

Dipelawa bagi yang berkelayakan dan berkebolehan untuk memenuhi jawatan tersebut mulai (sebolehnya) 1 September 2007. Kebolehan2 yang diperlukan:

1. Boleh azan dengan betul serta suara yang sesuai
2. Boleh membaca al Quran dengan tartil.
3. Boleh menguruskan jenazah
4. Boleh memimpin majlis tahlil
5. Apabila perlu boleh menjadi imam.

Calon2 mestilah memiliki sahsiayah Islamiah. Gaji RM1,000 sebulan dan tempat tinggal (sebuah bilik) disediakan oleh pihak Masjid.

Sila sahabat2 panjangkan perkara ini. Yang berminat hubungi ana Zamil di 013 3445790