Thursday, May 31, 2007

Pengumuman
Kuliah Pengajian Tafsir Mingguan PMIK UIA
Lev 3 IRK (depan lif)
Jam 9.15pm
Kitab Tafsir Juz Am (Bahasa Arab)
Bahasa Pengantaraan : Bahasa Melayu

Tuesday, May 29, 2007

Selamat Pengantin Baru

Di dalam kesempatan yang sempit ini, PMIK ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Kepada Akh Ridhauddin Salleh dan Ukhti Nur Arfah Mohd Sabian. Semoga kebahagian berkekalan sepanjang hayat. Kepada mereka yang mempunyai kelapangan sudilah kiranya melawat ‘mempelai sejoli’ ini ke kediaman Akh Ridhauddin Salleh di
Guar Kepayang, Kedah pada 3 Jun 2007.

Iftar Penuh Mahabbah dan Meriah

Alhamdullilah..
Semalam pada hari Isnin bersamaan 28 Mei 2007, PMIK dengan jayanya telah mengadakan Iftar Jamaie sebagai satu usaha untuk mengikat tautan ukhwah bersifat ruhiyyah.
Terima Kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang hadir. Walaupun kehadiran seramai lebih kurang 15 orang namun kami berbangga kerana masih ada insan yang terpaut wajah kepada PMIK UIA.




Makan dalam talam atas meja-kerusi - satu bidaah buat adat melayu





Sisters yang tekun bersembang sambil makan-(macam besalah)


Tiga orang makan pun tak abih2 lagi..

Sunday, May 13, 2007

Kuliah Ilmiah Ruhiyyah Habib Umar Hafiz


Tarikh : 7 Jumadil awwal 1428 / 24 Mei 2007 (Khamis)


Majlis Bersama Dengan al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin asy-Syaikh Abu Bakar bin Salim


- Tempat : Masjid al Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor

Aturcara:
7.00 petang - Kehadiran tetamu dan para jemaah
7.25 malam - Sholat Maghrib - Bacaan Ratib Haddad - Pengijazahan Sanad Ratib Haddad - Bacaan Qasidah - Ceramah oleh al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz
10.30 malam - Sholat Isya’ dan jamuan makan

Tuesday, May 8, 2007

Manfaatkan Cuti Anak Anda Bersama PPM MTI Derang

MANFAATKAN CUTI SEKOLAH ANAK-ANAK KITA Satu program dirancang khusus sebagai pengisian cuti sekolah. Anak-anak kita adalah Permata yang Wajib di gilap sepanjang masa. Sehubungan dengan itu:


PERUNDING PROGRAM MASYARAKAT ( PPM )MAAHAD TARBIYAH ISLAMIAH, ( Daftar MAIK 1/85 )


Diasaskan Sejak 1981 oleh Al Marhum Syeikh Niamat Yusoff
Menganjurkan satu program bagi mengisi masa cuti anak-anak anda.

Tema :
PELAJAR CINTA ILMU

Pengisian Utama :
1. Praktikal Solat2. Bacaan Al-Quran3. Tulisan Jawi4. Motivasi Islami oleh Guru-guru Maahad dan Jemputan yang berkelayakan

Terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah putera dan puteri yang berumur 10 hingga 15 tahun

YURAN PENYERTAAN
Yuran : RM 150.00 Sahaja termasuk penginapan, makan minum, sijil dan fail.

TEMPAT PROGRAM
Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Kedah

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

1. Sekretariat MP, MTID Tel/Fax : 04 - 7141620
2. Ustaz Mohd Zaky Tel : 019 - 4754768
3. Ustaz Bukhari Tel : 019 - 4281012
3. Ustaz Ismail Tel : 013 - 4078599

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program tersebut anda boleh mendaftar melalui Internet atau juga terus kepada kami.