Wednesday, May 14, 2008

Lagi Peluang Pekerjaan untuk Anak Kedah

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menawarkan peluang kerjaya kepada anak
kelahiran Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan
jawatan seperti berikut;

SYARAT-SYARAT JAWATAN

(1) JURUTERA SISTEM (SYSTEM ENGINEER)

Kelayakan : 1. Lelaki/ Perempuan
2. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda/ Diploma dalam bidang
Teknologi Maklumat/ Sains Komputer atau yang berkaitan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
3. Mempunyai 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang Pembangunan
Aplikasi.Mempunyai kemahiran dan pengetahuan di dalam Visual Studio,
ASP dan Microsoft SQL.
4. Kemahiran di dalam pengaturcaraan .net satu kelebihan

Spesifikasi tugas:
1. Membangunkan aplikasi, mengemaskini dan menambahbaik sistem
berdasarkan keperluan pengguna
2. Melaksanakan pengujian, menyelesaikan masalah-masalah dan
memberi khidmat sokongan terhadap aplikasi yang dibangunkan.

(2) PENTADBIR PENGKALAN DATA (DATABASE ADMINISTRATOR)

Kelayakan :
1. Lelaki/ Perempuan
2. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda/ Diploma dalam bidang
bidang Teknologi Maklumat/ Sains Komputer atau yang berkaitan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
3. Mempunyai 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang Pengurusan
Pengkalan Data
4. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan di dalam Microsoft SQL
Server.
5. Kemahiran di dalam pengaturcaraan satu kelebihan.

Spesifikasi tugas:
1. Bertanggungjawab memastikan pengkalan data di selenggara, dan
disimpan di tempat selamat.
2. Bertanggungjawab menjalankan pengujian-pengujian , semakan dan
membuat pembetulan terhadap kesalahan maklumat di dalam pengkalan
data.

(3) EKSEKUTIF & PEGAWAI PENGURUSAN HARTANAH

Kelayakan :
1. Lelaki
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/ Diploma Kejuruteraan Awam,
Ijazah Sarjana Muda/ Diploma Sains Pengurusan (Harta Tanah) atau yang
berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3. Mempunyai 3 tahun atau sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman
kerja dalam bidang Pengurusan Hartanah

Spesifikasi tugas:
1. Bertanggungjawab/ membantu segala hal yang berkaitan ukur
periksa, menyelidik, menganalisa butir-butir mengenai harta tanah
bagi tujuan melaksanakan projek-projek hartanah.
2. Bertanggungjawab/ membantu membuat pemantauan dan pengesahan
kerja bagi projek-projek dalam pembangunan sehingga penyerahan
bangunan oleh kontraktor.
3. Bertanggungjawab/ membantu urusan kerja berhubung lantikan
perunding dan pengurus projek.

(4) EKSEKUTIF PERNIAGAAN

Kelayakan :
1. Lelaki
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/ Pentadbiran
Perniagaan atau yang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3. Mempunyai 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkenaan

Spesifikasi tugas:
1. Meningkatkan kutipan zakat perniagaan khususnya bagi
syarikat yang tersenarai di BSKL.
2. Mendekati, memberikan maklumat, membuat taksiran zakat,
taklimat ALP , temujanji dengan pihak syarikat.
3. Menguruskan pengendalian sistem prospek LZS dan membangunkan
segmen zakat mengikut jenis zakat.

(5) EKSEKUTIF & PEGAWAI UNIT AUDIT DALAMAN

Kelayakan :
1. Lelaki atau Perempuan
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda / Diploma Perakaunan atau yang
berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3. Mempunyai 3 tahun atau sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman
selaku juruaudit dalam syarikat atau di firma audit

Spesifikasi tugas:
1. Mengetuai / membantu perlaksanaan audit pengurusan ke atas
segmen operasi dan perkhidmatan di LZS yang ditentukan.
2. Mengetuai/ membantu perlaksanaan 'Special Audit Task'
tertakluk kepada arahan.
3. Melaksanakan/ membantu audit Sistem Pengurusan Kualiti di
seluruh LZS.
4. Melaksanakan/ membantu audit Ketidakpatuhan.
5. Membuat / membantu siasatan dalaman mengikut laporan yang
diterima daripada peringkat bahagian.

(6) EKSEKUTIF PERANCANG EKONOMI

Kelayakan :
1. Lelaki
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan/ Ekonomi/
Statistik/ Sains Kuantitatif atau yang berkaitan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
3. Mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang berkenaan

Spesifikasi tugas:
1. Membuat kajian feasibiliti, pasaran dan kesan jangka panjang
terhadap segala projek ekonomi asnaf atau milik LZS, pembangunan yang
dicadangkan oleh jabatan dan agensi di dalam atau di luar LZS serta
membuat pemantauan terhadap perlaksanaan projek-projek tersebut
dalam memastikan pulangan dan kepentingan LZS dipenuhi.
2. Membuat cadangan-cadangan menerusi inovasi dan kreativiti
baru bagi tujuan projek ekonomi asnaf, pembangunan di masa hadapan.

(7) EKSEKUTIF RENDAH DAN PEGAWAI UNIT NAZIRAN & ANALISA PELABURAN

Kelayakan :
1. Lelaki
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda / Diploma Perakaunan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
3. Mempunyai 3 tahun atau sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman
kerja dalam bidang berkenaan

Spesifikasi tugas:
1. Bertanggungjawab/ membantu melaksanakan aktiviti naziran ke
atas pematuhan tatacara dan prosedur berkaitan pengurusan kewangan di
LZS.
2. Bertanggungjawab/ membantu mengkoordinasi aktiviti
penyediaan dan kawalan bajet LZS serta menganalisa perbelanjaan
bagi akaun korporat serta akaun pengagihan zakat.
3. Bertanggungjawab/ membantu memantau dan menganalisa akaun-
akaun simpanan dan pelaburan LZS.

(8) EKSEKUTIF RENDAH DAN PEGAWAI AKAUN

Kelayakan :
1. Lelaki
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/ Diploma Perakaunan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
3. Mempunyai 3 tahun atau sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman
kerja dalam bidang perakaunan

Spesifikasi tugas:
1. Bertanggungjawab/ membantu penyediaan laporan kutipan zakat
berdasarkan sumber sebenar dari penyata akaun-akaun bank LZS.
2. Bertanggungjawab/ membantu memastikan urusan pemindahan
kutipan zakat di akaun-akaun LZS ke akaun induk zakat MAIS pada
setiap bulan.
3. Bertanggungjawab/ membantu menyempurnakan laporan- laporan
penyesuaian akaun bank bagi akaun kutipan, akaun korporat dan
akaun agihan LZS.
4. Bertanggungjawab/ membantu memantau dan mengurus konsolidasi
akaun-akaun di 4 wilayah bagi tujuan penyediaan pelaporan kewangan
pada asas bulanan.
5. Bertanggungjawab/ membantu menguruselia pengurusan akaun dan
membuat semakan dokumen bagi pembayaran bantuan agihan zakat.
6. Bertanggungjawab dalam membuat penutupan akaun bagi semua
permohonan pendahuluan tunai.
7. Membantu Ketua Bahagian dalam proses mengemaskini data
Lejar Am ke dalam sistem perakaunan induk.

(9) EKSEKUTIF RENDAH PENYELIDIKAN SYARIAH

Kelayakan :
1. Lelaki
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah atau yang berkaitan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
3. Mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang berkenaan

Spesifikasi tugas:
1. Membuat kajian dan penyelidikan berhubung isu-isu hukum
berkaitan zakat.
2. Mengurus dokumentasi berhubung segala keputusan Fatwa Zakat
Selangor.
3. Mengumpulkan hasil-hasil kajian akademik berhubung zakat
serta keputusan-keputusan fatwa dalam dan luar negara.
4. Menyediakan dan mengemaskini FAQ bagi panduan operasi dan
perkhidmatan LZS.

(10) PEGAWAI ZAKAT (KAUNTER/ DAKWAH/ AGIHAN)

Kelayakan :
1. Lelaki
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/ Diploma dalam bidang Pengajian
Islam/ Pengurusan Perniagaan atau yang berkaitan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan/ luar negara atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

Spesifikasi tugas:
1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan amil zakat khususnya dalam
proses kutipan, dakwah dan agihan zakat.

(11) PEGAWAI UNIT PENILAIAN DAN PEROLEHAN

Kelayakan :
1. Lelaki
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/ Diploma dalam Perakaunan/
Pentadbiran Perniagaan/ Kewangan/ Ekonomi atau yang berkaitan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
3. Mempunyai 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang
berkenaan

Spesifikasi tugas:
1. Membantu merancang dan mengurus program/ aktiviti perolehan
bekalan dan perkhidmatan selaras dengan dengan cekap.
2. Membantu menyediakan bekalan dan perkhidmatan yang mencukupi
dan berkualiti bagi memenuhi keperluan semasa LZS.
3. Merancang dan mengurus program/ aktiviti penyelenggaraan
prasarana dan aset-aset LZS mengikut jangka masa dan piawaian yang
ditetapkan dengan kos yang efektif.
4. Memantau dan menilai perlaksanaan perolehan bekalan,
perkhidmatan, penyelenggaraan prasarana dan asset termasuklah
menguruskan proses sebut harga/ tender/ kaedah undian/ kaedah
penggiliran dengan cekap dan efektif.

(12) PEMBANTU TADBIR II (JURUTEKNIK)

Kelayakan :
1. Lelaki
2. Mempunyai Sijil MLVK dalam di bidang elektrikal
3. Mempunyai 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkenaan

Spesifikasi tugas:
1. Melaksanakan keselamatan dan penyelenggaraan bangunan,
elektrikal, semua kemudahan utiliti alat penghawa dingin dan
pemantauan alat pemadam api di premis-premis LZS.

(13) PEMBANTU TADBIR III

Kelayakan :
1. Perempuan/ Lelaki
2. Kelayakan SPM/ STPM
3. Mempunyai 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkenaan dan
Mahir menggunakan komputer (Sijil Komputer)

Spesifikasi tugas:
1. Bertanggungajawab menjalankan tugas-tugas pengkeranian
seperti pengurusan hartanah/ pentadbiran pejabat/ sumber manusia/
kewangan/ khidmat pelanggan dan pengurusan rekod.

CARA PERMOHONAN

a) Setiap permohonan mestilah disertakan sekeping gambar
berukuran passport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah
disahkan seperti berikut:

i. Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
ii. Diploma/Ijazah;
iii. Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/ Sijil daripada LAN
atau JPA
iv. Surat Berhenti Sekolah;
v. Sijil SPM
vi. Sijil-sijil berkaitan
vii. Ibu dan bapa pemohon atau salah seorangnya kelahiran Selangor

· Pengesahan salinan sijil hanya boleh ditandatangani oleh
pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung
atau Penghulu atau Nazir Masjid

b) Sila tuliskan nama jawatan di sebelah atas kiri sampul
surat

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)
ARAS 9 MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
03-55227700

Tarikh tutup permohonan pada 20 Mei 2008 (Selasa).
Catitan Am
a) Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan
ditolak.
b) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
sesi temuduga.
c) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2
bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak
berjaya.

No comments: